Mobile Clinic MAIWP-MAPIM adakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk anak-anak Syria

27 Oct 2023 • 8:00 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Bangi : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah bekerjasama dengan Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM)bagi membuat pemeriksaan percuma kepada 120 orang anak-anak Syria yang berusia antara 5 sehingga 15 tahun.

image is not available

Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini dibuat melalui program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM bertempat di Masjid Hasanah, Bangi. Antara yang diperiksa ialah kesihatan mata, jantung dan kesihatan mental.

image is not available image is not available

Anak-anak Syria ini merupakan pelajar di sekolah Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (PBACSM) yang diasaskan oleh CSM sejak 2018.

Sekolah ini membekalkan pendidikan percuma kepada anak-anak Syria di Malaysia, dan merupakan sekolah ketiga yang ditubuhkan oleh CSM selepas menubuhkan sekolah di Jordan dan Syria.

Sekolah ini mempunyai 9 bilik darjah dan menggunakan program IGCSE yang menawarkan subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik, Sains, Al-Quran, Geografi, Komputer dan Agama.

Seramai 15 guru pengiring juga membuat pemeriksaan kesihatan percuma.

image is not available

Pihak CSM mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak MAIWP-MAPIM Malaysia atas kerjasama ini dan mengharapkan program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved