Mobile Clinic MAIWP-MAPIM terus dapat sambutan kariah Masjid Al-Muqarrabin

4 Nov 2022 • 5:54 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memperkukuhkan lagi gerak kerja mereka dalam melaksanakan program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Masjid Al-Muqarrabin.

image is not available

Pengunjung yang hadir bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan secara percuma terdiri daripada warga emas, remaja dan kanak-kanak. Jumlah pengunjung keseluruhan selama dua hari melebihi 100 orang dan dirawat oleh 2 orang doktor serta dibantu 8 sukarelawan.

image is not available

“Saya sangat berterima kasih kepada MAIWP-MAPIM kerana mengadakan program mobile clinic ini kerana sebelum ni kena mengeluarkan duit bagi mendapatkan rawatan di luar sana tetapi dengan adanya program ini, saya boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan percuma sahaja,” kata salah seorang pengunjung yang mendapatkan rawatan, Abdul Karim bin Hasan, 65.

Menurut Abdul Karim, dia sangat berpuas hati dengan layanan dan rawatan yang diberikan. Dia berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. “Terima Kasih MAIWP-MAPIM!” ucapnya.

image is not available

Inisiatif program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini telah banyak menerima respon yang positif daripada pengunjung-pengunjung yang hadir terutamanya terhadap keselesaan kemudahan serta rawatan oleh pegawai yang bertugas.

image is not available

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan dan rawatan ke kawasan-kawasan masjid dan perumahan lain bagi menyantuni serta memberi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk terutamanya golongan asnaf.

image is not available