MODA Lancar Sporter S SKII Baharu: Tampil Ciri Canggih Skrin TFT 7-Inci, Winglet Aerodinamik & Dashcam HD

Cars
18 Aug 2026 • 11:36 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: MODA Lancar Sporter S SKII Baharu: Tampil Ciri Canggih Skrin TFT 7-Inci, Winglet Aerodinamik & Dashcam HD

PETALING JAYA, 18 Ogos 2026 — MODA secara rasmi melancarkan model evolusi terkini dalam segmen Super Scooter, iaitu MODA Sporter S SKII baharu, dalam satu majlis pelancaran media yang berlangsung di Car’fe, Petaling Jaya.

Sejak mula diperkenalkan pada Januari 2025, model terdahulu Sporter S telah muncul sebagai skuter paling laris dalam portfolio produk MODA. Bagi meneruskan momentum kejayaan tersebut, pembangunan versi SKII ini dihasilkan khusus berdasarkan maklum balas langsung daripada pemilik, pengguna, serta komuniti penunggang tempatan — selari dengan falsafah teras jenama tersebut, “By Bikers, For Bikers”.

Kokpit Lebih Canggih & Kamera Pemuka HD Terbina

Salah satu perubahan utama pada MODA Sporter S SKII ialah penggunaan skrin sentuh TFT berukuran 7 inci yang lebih besar dan jelas. Paparan baharu ini memudahkan penunggang mengakses serta membaca maklumat penting tunggangan dengan pantas. Kawalan fungsi skuter juga kini lebih mudah menerusi kawalan suis pelbagai fungsi baharu yang diletakkan pada bahagian handle.

Image from: MODA Lancar Sporter S SKII Baharu: Tampil Ciri Canggih Skrin TFT 7-Inci, Winglet Aerodinamik & Dashcam HD

Bagi menambah nilai kesenangan dan keselamatan penunggang, MODA turut melengkapi model ini dengan kamera pemuka (dashcam) HD di bahagian hadapan secara standard bagi merakam memori sepanjang kembara tunggangan.

Aerodinamik Sporty & Rekaan Lampu Baharu

Dari segi penampilan, bahagian hadapan Sporter S SKII kini tampil lebih agresif menerusi penambahan winglet aerodinamik baharu. Komponen ini bukan sahaja menaikkan imej sporty, malah berfungsi menguruskan aliran udara bagi menyokong kestabilan jentera ketika dipacu pada kelajuan tinggi. Gaya keseluruhannya dipadankan lagi dengan cermin sisi aloi rekaan baharu.

  • Pengadang Angin Elektonik: Boleh dilaraskan ketinggiannya secara elektronik mengikut keselesaan dan keadaan tunggangan.
  • Keterlihatan Dipertingkatkan: Kedudukan baharu bagi lampu isyarat berintensiti tinggi serta Lampu Nyalaan Siang (DRL) membantu memastikan skuter lebih mudah kelihatan oleh pengguna jalan raya lain.

Suspensi Mantap & Pilihan Warna Baharu

Bagi aspek kawalan dan keselesaan, sistem suspensi belakang telah menerima tetapan baharu. Talaan terkini ini menawarkan sokongan redaman yang lebih baik merentasi pelbagai permukaan jalan, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang lebih stabil, meyakinkan, serta terkawal.

MODA Sporter S SKII ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu bersama corak grafik yang segar:

  • Biru Titan (Titan Blue)
  • Putih Porsch (Porsch White)

Kebolehan Pelbagai Guna & Ketersediaan

Peningkatan yang dibawakan pada versi SKII ini menjadikan jentera ini lebih praktikal dan serba boleh sesuai dijadikan pengangkutan harian ke tempat kerja, tunggangan santai di hujung minggu, mahupun perjalanan jarak jauh (touring) tanpa mengorbankan watak sport utamanya.

Pengenalan model ini turut memperkukuhkan komitmen berterusan antara pihak MODA dan MDua Motor dalam membangunkan tawaran produk berasaskan pengalaman penunggang sebenar bagi memenuhi pasaran skuter di Malaysia.

MODA Sporter S SKII baharu kini boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah MODA di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved