Model AI Google Gemma Diumumkan Untuk Tujuan Penyelidikan

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 8:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google mengumumkan model AI Gemma yang dihasilkan khusus untuk penyelidikan dan pembangunan AI sumber terbuka. Ia ditawarkan dalam dua versi iaitu Gemma 2B dan Gemma 7B yang membolehkan ia dijalankan terus dar sebuah komputer riba ataupun desktop.

image is not available

Ia dibangunkan oleh pasukan DeepMind dengan proses yang sama digunakan untuk pembangunan Gemini. Gemma boleh diakses menerusi Kaggle, Hugging Face, Nvidia NeMo, dan Google’s Vertex. Google telah bekerjasama dengan NVIDIA bagi memastikan Gemma dioptimasikan untuk digunakan bersama GPU keluaran syarikat tersebut. Pada waktu sama kit pembangunan diberikan oleh Google bagi memastikan AI yang dibangunkan menggunakan Gemma mempunyai halangan keselamatan.