Ciri Galaxy AI Kini Boleh Diseru Dengan Bixby Pada Peranti Samsung

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Samsung Galaxy S24 adalah telefon pintar AI pertama pada tahun ini. Ia dilengkapi Galaxy AI yang menggunakan model bahasa raya Gauss dan juga Gemini. Terdapat pelbagai fungsi boleh digunakan seperti Photo Assist, Call Assist, Chat Assist, Circle to Search dan banyak lagi. Terbaru, beberapa ciri Galaxy AI kini boleh diseru dengan Bixby.

image is not available

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu seru Hi Bixby dan sebut;

  • Call Alex in Korean
  • Translate the first file in English
  • Turn on the Interpreter
  • Summarize this page (Browsing Assist)
  • Translate this page
  • Summarize this page (Note Assist)
  • Correct the spelling in this page
  • Create the cover of this note

Ciri ini terhad kepada bahasa Inggeris, Cina, Perancis, Jerman, Korea, dan Sepanyol. Agak aneh yang ciri Galaxy AI lain tidak boleh diseru dengan Bixby. Jika anda pengguna peranti siri Samsung Galaxy S24 ciri ini sudah boleh dicuba. Jika anda pengguna peranti siri Samsung Galaxy S23, nantikan kemas kini hujung bulan Mac nanti.