Moonshot AI melancarkan model kecerdasan buatan (AI) terkini mereka Kimi K2 secara sumber terbuka pagi ini. Model secara keseluruhan mempunyai 1 trilion parameter dengan 32 bilion parameter aktif pada satu-satu masa menggunakan senibina mixture-of-experts (MoE). MoE ialah model yang dilatih untuk mendalami tertentu secara berasingan untuk menjadi pakar mengenainya.

Menurut Moonshot, Kimi K2 mempunyai kemampuan yang tinggi dalam ke pengetahuan perbatasan, matematik dan pengacaraan. Dua model dilancarkan iaitu Kimi-K2-Base iaitu model asas untuk penyelidik dan pembangun yang mahukan kawalan penuh untuk penalaan teliti dan penyelesaian yang diperibadikan. Kimi-K2-Instruct pula ialah model yang dilatih untuk perbualan am dan ajen yang menjawab soalan secara reflex tanpa berfikir panjang.
Dalam beberapa ujian penanda aras, Kimi K2 berjaya mencatatkan markah yang lebih baik berbanding model terkini OpenAI, Google, DeepSeek dan Perplexity. Kelebihan Kimi K2 ialah ia diberikan percuma tanpa perlu dibayar seperti dilakukan syarikat lain. Bagi yang ingin menggunakan Kimi K2, Moonshot AI menawarkannya menerusi laman GitHub.

