Model Bahasa Raya Oleh Meta Telah Dimuat-Turun Lebih 350 Juta Kali Setakat Ini

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 9:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sedia menawarkan model bahasa raya yang menguasakan model kecerdasan buatan secara sumber terbuka, dinamakan sebagai Llama. Versi terbaru yang ditawarkan adalah Llama 3.1, yang menawarkan prestasi dan keupayaan setaraf pesaing lain dipasaran seperti OpenAI.

Menyentuh mengenainya, terbaru Meta berkongsi mengatakan model bahasa raya mereka telah pun dimuat-turun lebih 350 juta kali setakat ini. Majoriti muat-turun telah dilakukan pada tahun ini, malah lebih 20 juta muat-turun telah dilakukan sejak pengenalan Llama 3.1 pada bulan lepas.

Penawaran ini sekaligus membuka kepada perkembangan arena kecerdasan buatan dalam kalangan komuniti sumber terbuka, selain memposisikan Meta sebagai antara penyedia terkemuka untuk kecerdasan buatan dalam arena sumber terbuka. Ia juga secara tidak langsung membolehkan pelbagai syarikat besar dan kecil menggunakan model mereka dalam pembangunan penyelesaian masing-masing – yang mana sekiranya tanpa penawaran ini mungkin membuatkan pembangunan berkenaan lebih sukar.

Sumbangan Meta ini juga secara tidak langsung membawa kepada pelbagai inovasi dan perkembangan baharu dalam arena ini, dan Meta berkongsi mereka tidak sabar untuk melihat apakah perkara-perkara baharu yang dibangunkan melalui Llama ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved