Pengguna ChatGPT Percuma Kini Boleh Menjana Sehingga 2 Gambar Percuma Setiap Hari Melalui Dall-E 3

TechnologyDigital
9 Aug 2024 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI nampaknya terus menawarkan lebih banyak ciri menarik pada penawaran ChatGPT percuma – sekaligus membolehkan mereka kekal bersaing dengan perkhidmatan seperti Google Gemini, Meta AI dan lain-lain. Terbaru, OpenAI turut memperkenalkan kemudahan untuk pengguna ChatGPT versi percuma menjana gambar terus melalui perkhidmatan berkenaan.

Untuk tujuan menjana gambar ini, ia akan menggunakan model DALL-E 3 yang sedia ditawarkan kepada pengguna berbayar sejak September 2023 lepas. Pengguna versi percuma dihadkan untuk menjana sehingga dua gambar sahaja setiap hari.

Memandangkan ia diintegrasikan terus pada ChatGPT, pengguna turut boleh meminta ia untuk menghasilkan prom sesuai, dan menjana gambar terus melalui tetingkap yang sama. Perkhidmatan baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna ChatGPT percuma seluruh dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved