“Modus operandi dia licik” – Erma Fatima Dedah Wujud ‘Walid’ Di Dunia Sebenar, Mangsa Isteri-isteri Orang

Entertainment
1 Aug 2025 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima tidak menyangka drama popularnya iaitu Bidaah turut berlaku di dunia nyata.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah binti Rahmad Ali berkata, dia ada menerima panggilan daripada seorang mangsa yang mengadu tentang kegiatan tidak bermoral seorang individu yang bergelar ustaz.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Erma menyatakan bahawa modus operandi ustaz terbabit sangat licik, malah mangsanya terdiri daripada wanita yang sudah berkahwin.

image is not available

Katanya, dia mengetahui siapakah individu yang dimaksudkan namun tidak akan mendedahkan identitinya di media sosial.

Ujarnya lagi, ada di antara mangsa yang mahu membuat laporan polis namun masih teragak-agak kerana bimbang diketahui suami.

“Saya tahu ustaz pasti baca ni. Rasanya dia pernah follow saya dan pernah DM saya marah pasal drama Bidaah.

“Hmm… aku buat Bidaah untuk menyedarkan orang tentang ajaran sesat bukan suruh kau jadi macam WALID. Sampaikan scene pejam mata pun kau ikut.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Tegas Erma, dia menasihatkan para isteri yang terlibat supaya tidak terus merelakan diri diperdaya, sebaliknya tampil membuat laporan agar tindakan dapat diambil.

Erma turut memberi amaran kepada individu terbabit dan memaklumkan dia menunggu laporan polis daripada mangsa untuk pengesahan lanjut.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.