Modus operandi sama berulang, wanita disyaki ‘scam’ pengunjung pasar raya

15 Apr 2026 • 2:51 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Taktik seorang wanita yang didakwa meminta sedekah dengan memperdaya orang ramai terbongkar selepas perbuatannya tular di media sosial baru-baru ini. 

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, wanita terbabit dikatakan meminta wang sebanyak RM5 kononnya untuk pulang ke rumah di Pantai Remis menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Bagaimanapun, selepas menerima wang, wanita berkenaan dilihat masih berada di lokasi sama dan terus meminta sumbangan daripada individu lain yang melalui kawasan tersebut.

“Dia minta RM5 dekat semua orang katanya nak balik naik e-hailing. Saya sudah transfer duit, tapi dia duduk tepi dan terus minta dekat orang lain,” katanya. 

View on Threads

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen berkongsi pengalaman serupa apabila pernah terserempak dengan wanita tersebut di lokasi berbeza.

Seorang pengguna mendakwa wanita itu mengulangi taktik sama di pasar raya lain, manakala seorang lagi menyatakan individu terbabit sudah lama menjalankan kegiatan tersebut di kawasan berkenaan.

“Hari itu, dia ada dekat pasar raya lain tengah duduk macam ini juga. Pertama kali nampak dia, suami bagi lah sebab nampak memerlukankan tapi selang beberapa hari ada lagi dia di tempat yang sama dan ulang ayat yang sama,” kata seorang pengguna. 

“Mak cik ini memang dari dahulu minta duit dekat orang sebab dulu pernah kerja dekat pasar raya itu dan nampak mak cik ini minta-minta dekat pelanggan yang lalu depan kedai,” kata seorang lagi pengguna. 

Orang ramai juga diingatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan helah sedemikian. -MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved