MoF tegas! Semakan SST bukan lesen naikkan harga bilik hotel sesuka hati

LocalBusiness & Finance
4 Jul 2025 • 8:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan bahawa semakan semula struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai tidak wajar dijadikan alasan untuk naikkan harga bilik hotel secara melampau.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

SST bukan lesen naikkan harga bilik hotel

Memetik laporan daripada Bernama, MoF dalam satu kenyataannya menjelaskan bahawa tiada perubahan terhadap cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas penginapan hotel serta makanan dan minuman (F&B) di premis hotel.

“Semakan SST tidak memberi kesan kepada barangan keperluan asas harian. Namun, ia mungkin memberi kesan tidak langsung kepada pengusaha hotel menerusi peluasan skop cukai perkhidmatan ke atas penyewaan premis komersial dan cukai jualan ke atas barangan tertentu seperti makanan laut premium dan buah-buahan import.

Bagaimanapun, kesan tidak langsung ini dijangka tidak menyebabkan peningkatan kos operasi hotel sehingga 10 hingga 15 peratus,” katanya.

image is not available

Tak boleh naikkan harga bilik hotel sesuka hati

Kenyataan ini sebagai respon kepada beberapa persatuan hotel yang mendakwa kadar harga bilik mungkin dinaikkan antara 10 hingga 15 peratus akibat semakan SST.

Susulan daripada itu, MoF memberi amaran bahawa tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pengusaha yang cuba mengambil kesempatan.

“Kerajaan melalui KPDN akan meneliti kesan sebenar pelaksanaan SST terhadap kos operasi hotel-hotel terbabit bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak wajar atau unsur pencatutan,” tambah kenyataan itu lagi.

 

image is not available

Sekadar gambar hiasan

MoF turut menyeru agar pihak industri mematuhi garis panduan sedia ada dan tidak menyalahgunakan dasar fiskal negara yang bertujuan memperkukuh kedudukan kewangan negara tanpa membebankan pengguna.

Sumber: Bernama