Mohamad Aniq sumbang pingat emas pertama Malaysia di Glasgow 2026

26 Jul 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mohamad Aniq sumbang pingat emas pertama Malaysia di Glasgow 2026
Mohamad Aniq. Foto: Bernama

JAGUH angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas mengungguli acara lelaki bagi kategori 60 kilogram (kg) di Scottish Event Campus (SEC) Armadillo hari ini.

Mohamad Aniq merangkul gelaran itu dengan jumlah angkatan keseluruhan 273kg yang terdiri daripada 121kg dalam acara snatch dan 152kg dalam acara clean and jerk, serta turut mencipta rekod baharu Sukan Komanwel.

Beliau mengatasi atlet angkat berat India, iaitu Rishikanta Singh Chanambam yang mencatat jumlah angkatan 264kg dan Joshua Amunga Mboya dari Kenya (260kg).

Kejayaan itu memecah kebuntuan pungutan emas Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 sekali gus menambah koleksi pingat negara selepas jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin, meraih gangsa.

Mohamad Aniq adalah penyandang juara Sukan Komanwel bagi acara angkat berat lelaki kategori 55kg di Birmingham pada 2022 dengan jumlah angkatan 249kg.

Ketika itu, beliau melakukan angkatan 107kg dalam acara snatch dan 142kg dalam acara clean and jerk, yang turut mencipta rekod pada temasya sukan berprestij tersebut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved