Mohamad Hasan, Setiausaha Luar Filipina Pengerusikan Mesyuarat JCM Kesembilan Di Manila

18 Aug 2026 • 12:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mohamad Hasan, Setiausaha Luar Filipina Pengerusikan Mesyuarat JCM Kesembilan Di Manila

MANILA, 18 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Luar Filipina Ma. Theresa P. Lazaro hari ini bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Filipina-Malaysia kesembilan di Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina di sini.

Mesyuarat itu dijangka menumpukan kepada mengukuhkan perdagangan dua hala, menggalakkan pelaburan rentas sempadan serta memperkukuh daya tahan ekonomi serantau, dan akan disusuli dengan pemeteraian Minit Persetujuan.

Kedua-dua menteri turut dijadual membincangkan usaha untuk memperluas kerjasama dalam bidang halal dan kewangan Islam, tenaga, pertanian dan keterjaminan makanan, pertahanan dan keselamatan, serta pengurusan bencana dan tindak balas kecemasan.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino serta pegawai kanan lain.

Hubungan kerjasama Malaysia dan Filipina sudah sekian lama terjalin, dan kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik pada 2024.

Baca juga:

Dari segi ekonomi, Filipina ialah rakan dagang ke-17 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam ASEAN pada 2025, manakala Malaysia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Filipina pada peringkat global dan keempat terbesar dalam ASEAN.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Filipina bernilai RM35.21 bilion (USD8.22 bilion), manakala perdagangan dua hala bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 meningkat 9.5 peratus kepada RM16.71 bilion (USD4.21 bilion) berbanding RM15.26 bilion (USD3.46 bilion) dalam tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved