Mohamad Hasan Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Letupan Bom Lempar

26 Jun 2023 • 7:19 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohamad Hasan - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, semalam.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.10 tengah hari itu, seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu jurulatih meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat. 

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi jurulatih cedera dan masih menerima rawatan. 

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, TUDM menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved