Mohamad Sabu Seru Pengundi Negeri Sembilan Sokong Calon PH Pada PRN

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mohamad Sabu Seru Pengundi Negeri Sembilan Sokong Calon PH Pada PRN

Mohamad Sabu Seru Pengundi Negeri Sembilan Sokong Calon PH Pada PRN

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa pengundi di Negeri Sembilan supaya memberikan mandat kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Bang Mat berkata, Negeri Sembilan memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berkhidmat untuk rakyat serta terus memelihara perpaduan.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai 36 calon PH yang akan membawa amanah rakyat dalam pilihan raya kali ini.

Katanya, beliau berharap rakyat Negeri Sembilan memberikan sokongan kepada semua calon PH yang membawa agenda kestabilan politik, pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

Baca juga:

Dalam masa sama, Mohamad berkata, AMANAH akan terus istiqamah memperjuangkan pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai asas perjuangan parti.

Ujarnya, AMANAH menolak politik kebencian, fitnah serta permainan isu perkauman dan agama yang disifatkan hanya akan memecah-belahkan masyarakat.

Dalam perkongsian sama, beliau turut menyentuh mengenai kepimpinan Perdana Menteri di peringkat nasional.

Menurutnya, Malaysia kini semakin mendapat keyakinan masyarakat antarabangsa di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, peningkatan pelaburan, pertumbuhan ekonomi yang semakin kukuh serta perkembangan positif nilai ringgit merupakan antara petunjuk keyakinan tersebut.

Mengakhiri perkongsiannya, Mohamad mengajak rakyat Negeri Sembilan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan keluar mengundi pada 1 Ogos nanti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved