Mohamad Sabu Terharu Hetty Koes Endang Sudi Buat Persembahan Secara Percuma

LocalEntertainment
28 Apr 2025 • 12:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hetty koes endang

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meluahkan rasa terharu apabila sahabatnya, penyanyi tersohor Indonesia Hetty Koes Endang dan suami sudi hadir memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Menerusi perkongsian di Facebook, Mohamad Sabu berkata, ibu Hetty juga menyatakan hasrat menyumbangkan beberapa persembahan lagu tanpa sebarang bayaran.

Ibu Hetty sudi menyanyi tanpa bayaran

image is not available

Mohamad Sabu turut berkongsi kisah persahabatan rapat keluarganya dengan keluarga Ibu Hetty yang sudah terjalin sekian lama.

Mohamad Sabu dan ibu Hetty bersahabat baik

image is not available

Katanya, setiap kali beliau ke Jakarta, rumah Hetty Koes Endang menjadi tempat persinggahannya. Begitu juga bila Ibu Hetty berada di Kuala Lumpur, keluarga Mohamad Sabu pula akan menjadi tuan rumah.

Sebagai tanda penghargaan, Mohamad Sabu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas keikhlasan dan kesudian Ibu Hetty dan suami yang sudi bersama-sama memeriahkan majlis penting ini.

Pssttt! Wah untung warga KPKM dapat dengar suara emas ibu Hetty. Semoga ukhuwah sebegini jadi inspirasi untuk kita semua!

Kredit: Facebook Mohamad Sabu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.