Mohammad Suhaimi dilantik sebagai Pengerusi MHB berkuat kuasa 16 Oktober 2023

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2023 • 4:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mohammad Suhaimi dilantik sebagai Pengerusi MHB berkuat kuasa 16 Oktober 2023

zulfadli

16/10/2023 - 16:57

KUALA LUMPUR 16 Okt - Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) melantik Mohammad Suhaimi Mohd Yasin sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif baharu, berkuat kuasa hari ini.

Mohammad Suhaimi, 63, ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan ahli jawatankuasa kemampanan dan risiko lembaga MISC Bhd selain sebagai penasihat SC Tubular Solutions Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Mohammad Suhaimi sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Alam Maritim Resources Bhd, Bernama melaporkan.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Saint Louis University, Amerika Syarikat (AS). - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved