Mohd. Amar setuju saranan bubar Parlimen

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 6:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mohd. Amar setuju saranan bubar Parlimen

KOTA BHARU: Pas menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen dibubarkan berbanding melaksanakan rombakan Kabinet pada ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, rakyat juga sedang menunggu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dilaksanakan.

“Saya setujulah dengan cadangan beliau (Ahmad Zahid) itu. Sebab rakyat pun sedang menunggu untuk pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-16) sekarang ini, untuk tukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpandangan adalah lebih baik Parlimen dibubarkan berbanding melaksanakan rombakan Kabinet ketika ini.

“Saya tidak nampak adanya keperluan sekarang ini untuk mengadakan rombakan kabinet. Walaupun ada seorang yang mungkin telah komited untuk meletakkan jawatan ketika sampainya Datuk Seri Najib ke rumah beliau bagi menjalani baki hukumannya.

“Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan. Kita berikan mandat semula kepada rakyat dan kita bentuklah kerajaan baharu selepas itu,” katanya di Melaka, semalam. – UTUSAN

The post Mohd. Amar setuju saranan bubar Parlimen appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved