Mohd Amirul Rizal Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia

LocalTravel
10 Dec 2025 • 8:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mohd Amirul Rizal Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia

PUTRAJAYA, 10 DISEMBER 2025 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 8 Disember 2025.

Pelantikan ini dibuat oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 (1) Akta 481: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992. Beliau menggantikan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy yang bersara wajib pada 6 Disember 2025.

Mohd Amirul Rizal merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pelancongan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau memulakan kerjayanya bersama Tourism Malaysia pada 2 September 2002 dan sejak itu telah memegang pelbagai portfolio dalam pemasaran dan promosi pelancongan negara.

BACA: Tourism Malaysia Raih Penghargaan Tertinggi Di Arabian Travel Awards 2025

Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan sebelum menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Negeri Tourism Malaysia Terengganu dan Pengarah Pejabat Luar Negeri Tourism Malaysia Seoul, Korea Selatan pada tahun 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Promosi Domestik dan Acara, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), serta yang terkini sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting sebagai Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Selain tanggungjawab penting dalam Tourism Malaysia, beliau juga aktif dalam persatuan dan telah dilantik sebagai Presiden Kelab Rekreasi Tourism Malaysia, menunjukkan kepimpinan yang seimbang dalam aspek strategik, operasi dan pemerkasaan warga kerja.

Dengan pengalaman selama 23 tahun dalam pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan, pelantikan beliau diyakini akan memperkukuh perkembangan industri pelancongan negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul diperingkat global menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).

image is not available

BACA: Tourism Malaysia dan Star Media Group Lancar Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025

The post Mohd Amirul Rizal Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia appeared first on Siakap Keli.