Mohd Iskandar Dzulkarnain diumumkan sebagai pengarah urusan kumpulan AmanahRaya

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Mohd Iskandar Dzulkarnain diumumkan sebagai pengarah urusan kumpulan AmanahRaya Image from: Mohd Iskandar Dzulkarnain diumumkan sebagai pengarah urusan kumpulan AmanahRaya johardy02/09/2026 - 08:00 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Sept - Amanah Raya Berhad melantik Datuk Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa 1 September 2026, ketika syarikat pemegang amanah milik kerajaan itu memperkukuh barisan kepimpinannya.

 

Mohd Iskandar mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam kepimpinan korporat merangkumi audit dalaman, pengurusan risiko, perancangan korporat, pembangunan hartanah, kewangan dan operasi perniagaan, menurut AmanahRaya dalam satu kenyataan.

 

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan kanan di Sapura Crest Petroleum Bhd, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd, Kumpulan Khazanah Nasional Bhd dan Bina Darulaman Bhd.

 

Mohd Iskandar menyertai AmanahRaya pada 2023 sebagai ketua pegawai perkhidmatan korporat kumpulan dengan bertanggungjawab menyediakan pengawasan strategik terhadap fungsi sokongan korporat kumpulan.

 

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pemangku pengarah urusan AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn Bhd, pengurus AmanahRaya REIT, sebelum dilantik sebagai pengarah urusan pada Mac 2025.

 

Mohd Iskandar memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan Certified Chartered Financial Modelling Professional (CFMP). Beliau juga ahli Malaysian Association of Risk and Insurance Management (MARIM).


 

amanahraya

 


Pengerusi AmanahRaya, Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack berkata, pengalaman luas Mohd Iskandar serta pemahamannya mengenai keutamaan strategik organisasi itu akan menjadi aset penting dalam memperkukuh AmanahRaya dan meningkatkan daya tahannya untuk masa depan.

 

“Lembaga Pengarah yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, AmanahRaya akan terus memperkukuh keupayaannya, meningkatkan kecemerlangan operasi dan mencapai pertumbuhan mampan, sambil kekal teguh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai satu-satunya pemegang amanah awam di Malaysia,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved