Mohd Khalid Ismail Dilantik Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman

7 Apr 2023 • 6:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pelantikan beliau diumumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi satu kenyataan akhbar rasmi sebentar tadi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas baharu Bukit Aman hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi satu kenyataan akhbar rasmi sebentar tadi.

Beliau dilantik mengisi jawatan Pengarah Cawangan Khas menggantikan penyandang, Datuk Baharuddin Ahmad.

Difahamkan Baharuddin akan ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri bagi memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Komunikasi Strategik) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelantikan kedua-dua pegawai kanan PDRM itu berkuatkuasa bermula 8 Mei 2023. - Getaran, 7 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved