Mohd Na’im saman pensyarah UIAM, dakwa difitnah sebagai pemimpin angkuh

LocalPolitics
17 Jun 2025 • 7:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memfailkan saman terhadap pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah terhadap dirinya.

Tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, 6 Jun lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co, dengan Mohd Na’im selaku plaintif dan Dr Abu Hafiz dinamakan sebagai defendan tunggal.

Saman itu difailkan susulan beberapa hantaran dimuat naik di akaun media sosial milik defendan, termasuk Facebook dan X, yang didakwa menjejaskan reputasi plaintif.

image is not available

Mohd Na’im saman pensyarah UIAM

Notis saman tersebut turut dihantar melalui pusat pengajian Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Sulayman.

Menerusi pemfailan itu, Mohd Na’im menuntut 13 perkara antaranya perintah injunksi supaya semua hantaran tersebut dipadam dalam masa 24 jam dari tarikh penghakiman.

Beliau juga memohon injunksi menghalang defendan atau mana-mana pihak daripada menyiarkan semula kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.

Selain itu, beliau menuntut permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat daripada defendan yang perlu disiarkan di semua akaun media sosial dan portal berita yang pernah menerbitkan kenyataan terbabit.

image is not available

Turut dituntut adalah bayaran ganti rugi am, teladan, teruk, punitif serta faedah atas jumlah penghakiman yang ditaksirkan mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Na’im mendakwa defendan berniat jahat dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang angkuh, sombong serta tidak menerima nasihat.

image is not available

Beliau juga mendakwa defendan memfitnahnya dengan menyatakan beliau mahu bilik pejabat eksklusif bernilai RM200,000 dan bersikap elitis serta tidak cakna dengan nilai kesederhanaan.

Malah, plaintif turut mendakwa dirinya difitnah sebagai tidak amanah dan membiarkan dana zakat digunakan untuk tujuan kemewahan dan bukan kepada golongan asnaf.

Sumber: Utusan Online (Mohamad Athir Bin Ismail)