Mohd Zuki Umum Ketua Setiausaha Perbendaharaan Baharu Beberapa Hari Lagi

LocalPolitics
7 Dec 2022 • 5:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mohd Zuki Ali - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baharu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pegawai di Putrajaya berkata, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, setelah menasihati Perdana Menteri, dijangka membuat pengumuman mengenai perkara ini beberapa hari lagi.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidin @ Hamidon dijangka dilantik semula atau ditukarkan.

Asri, 56, dilantik pada 1 Mei 2020 oleh pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau berkhidmat di bawah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kelibat Asri tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.

Beliau juga tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan.

Bagaimanapun, pegawai kementerian berkata, ini kerana Asri sudah pun bercuti ketika itu.

“Sebarang pengumuman mengenai perubahan dalam peranan berkaitan perkhidmatan awam akan dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara,” kata seorang pegawai. - The Vibes, 7 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved