Mohon bantuan baik pulih kemudahan sekolah hingga 31 Mac

14 Feb 2023 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 FEB: Kerajaan Negeri mempelawa pihak sekolah memohon bantuan membaik pulih dan membaiki infrastruktur masing-masing mulai semalam hingga hingga 31 Mac.

Sekolah yang layak memohon Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor termasuk sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah mubaligh.

Antara lain sekolah agama rakyat atau sekolah rendah agama integrasi yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan maahad integrasi tahfiz sains.

Selain itu, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), SJK Tamil (SJKT), sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) dan sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Permohonan hendaklah dibuat melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) secara dalam talian menerusi laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my.

Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini mengumumkan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diteruskan dengan tambahan peruntukan kepada RM26.5 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tambahan peruntukan itu mengambil kira permohonan dan keperluan yang semakin meningkat setiap tahun.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved