Mohon doa orang ramai, Ibu Ardell Aryana bakal jalani pembedahan potong dua kaki

LocalHealth & Fitness
17 Sep 2025 • 6:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu Ardell Aryana dilaporkan bakal menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya.

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menerusi hantaran di media sosial yang turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan ibu kepada pelakon dan aktivis kemanusiaan tersebut.

Ibu Ardell Aryana

Instagram will load in the frontend.

“Ibunda Kak Ardell akan menjalani pemebedahan memotong kedua belah kakinya.

“Mohon doakan ibunda Ardell selamat, sihat dan kembali ceria seperti biasa. Saya dan krew muslim juga akan solat hajat malam ini di atas kapal,” katanya.

Bagaimanapun, punca kedua-dua kaki ibu aktres itu terpaksa dipotong tidak didedahkan.

Untuk makluman, PU Rahmat, Ardell dan Zizi Kirana kini berada di perairan Itali bersama delegasi Sumud Nusantara dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Ibu Ardell Aryana

image is not available

Foto: Keluarga

image is not available

Foto: Keluarga

Keadaan di sana dilaporkan kritikal ekoran peperangan berterusan, dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal.

Sukarelawan biasanya membantu mengagihkan makanan serta keperluan peribadi lain kepada penduduk terjejas.

Sumber: Instagram @Rahmat Sumud Nusantara