Mohon Maaf & Akur Kesilapan Tapi Dedah Wajah Pelanggan, Tindakan Danial Zaini Teruk Dikecam Netizen

16 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah restoran ‘viral’ yang menggunakan konsep seram.

Pelanggan tersebut merupakan penganjur bagi majlis hari jadi rakannya yang turut dihadiri oleh beberapa kenalan mereka yang lain.

Difahamkan, selain daripada makanan yang tidak sedap dan tiba lewat, layanan serta hiasan bilik VIP yang ditempah di Restoran Paku & Pontianak itu juga tidak setimpal dengan harganya.

Pemilik restoran tampil mohon maaf

Enggan berdiam diri, pemilik restoran Pontianak & Paku iaitu pelawak terkenal, Danial Zaini tampil memohon maaf menerusi bebenang di laman Twitter miliknya.

“Saya mohon maaf sekali lagi berkenaan isu restoran Paku & Pontianak kepunyaan saya ini. Isu ini telah pun dibincangkan bersama pihak pengadu. Kami memohon maaf atas segala kesulitan.”

Mohon pihak tidak bertanggungjawab hentikan fitnah

Danial di dalam bebenang sama, bagaimanapun meminta beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan segala tuduhan yang berunsur fitnah dan palsu selepas isu tersebut tular.

Tegasnya, dia bersama staf di restoran tersebut akur dengan kesilapan mereka namun masih ada beberapa perkara yang tidak diketahui oleh umum kerana cerita yang tular hanya dari sebelah pihak sahaja.

Danial dakwa pelanggan maki pekerjanya dengan perkataan lucah

Menurut Danial, seorang pekerjanya juga telah dimaki dengan perkataan lucah di hadapan orang ramai oleh salah seorang dari pelanggan terbabit.

“Saya tidak mahu menegakkan benang yang basah. Kami akur dengan kesilapan kami dalam memberi layanan yang terbaik pada pelanggan. Dan kami sentiasa terbuka untuk menerima teguran demi memperbaiki kualiti restoran kami.

“Tetapi teguran itu boleh dilakukan dengan cara yang betul. Saya berada pada malam kejadian dan pihak pengadu boleh bersemuka dengan saya untuk memberi teguran.

“Tetapi pihak pengadu memilih untuk tidak berjunpa dgn saya dan ‘viralkan’ di media sosial serta mengeluarkan kenyataan menghasut.”

Ramai kecam tindakan Danial dedah wajah pelanggan

Bagaimanapun, di akhir bebenang dia mendedahkan wajah sekumpulan individu dipercayai pelanggannya yang terlibat dengan insiden tersebut.

image is not available

Muat naik gambar tersebut menimbulkan kemarahan rata-rata pengguna media sosial kerana disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak menjaga privasi pelanggan.

Malah mereka turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan meminta orang ramai untuk memboikot restoran tersebut.

Namun ada juga yang merasakan tindakan Danial meminta maaf adalah terpuji walaupun review tersebut pasti mencalarkan imej perniagaannya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source: