Mohon maaf Sultan Selangor, RMS – Mangsa ‘scam’

21 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mohon maaf Sultan Selangor, RMS – Mangsa ‘scam’

SHAH ALAM – Mangsa ditipu individu yang menyamar pegawai khas kepada Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor (RMS) sehingga mengakibatkan kerugian RM30,000 mahu dalang penipuan membabitkan pasa­ngan kekasih ditahan polis.

Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 34, memberitahu, dia mengenali dalang pasangan tersebut melalui kenalannya sebelum ditawarkan rumah berharga RM115,000 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2023.

Dwan Hamid yang juga pelakon berkata, individu itu mendakwa RMS mempunyai kuota 40 hingga 50 rumah bagi setiap projek di Selangor termasuk rumah kos rendah de­ngan bayaran deposit sebanyak RM15,000.

“Pada 2023, saya bertemu dengan lelaki itu di Bukit Bintang dan ketika itu, pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor turut berada bersama.

“Sebab itu saya tidak mengesyaki apa-apa ketika ditawarkan rumah kos rendah yang kononnya boleh disiapkan dalam tempoh lima hingga enam bulan,” katanya di sini semalam.

Dwan Hamid berkata, dia sempat memeriksa projek perumahan yang ditawarkan itu sebelum membuat dua transaksi bayaran dalam talian berjumlah RM30,000.

“Bagi menyakinkan mangsa, individu itu menunjukkan gambar bersama Raja Muda Selangor dan kerabat diraja pada te­lefon bimbitnya,” katanya.

Dwan Hamid berkata, dia bertemu pasangan itu sebanyak tiga hingga empat kali sebelum mereka menghilangkan diri selepas menerima bayaran.

Dia kemudian mendedahkan perkara tersebut di Threads sebelum mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi menghimpunkan mangsa dan berkongsi maklumat berkaitan penipuan berkenaan.

“Dalam kumpulan itu, antara 20 hingga 30 laporan polis sudah dibuat dengan anggaran kerugian kira-kira RM1 juta. Namun terdapat antara 70 hingga 100 lagi mangsa sedang mengumpul bukti dengan nilai kerugian dianggarkan lebih RM20 juta,” ­katanya.

Menurutnya, mangsa bukan sahaja terdiri daripada orang awam, malah golongan profesional termasuk doktor, jurutera dan ahli jawatankuasa masjid yang berusia 20 hingga 90-an dari seluruh negara.

“Lebih menyedihkan, katanya, terdapat juga mangsa yang telah meninggal dunia. Apa yang saya mahu supaya dalang ditangkap dan tiada lagi mangsa terpedaya dengan modus operandi mereka.

“Saya memohon maaf kepada Sultan Selangor dan RMS kerana mengeluarkan kenyataan sebegini di Threads. Kita rakyat hendak membantu pihak istana membersihkan nama baginda berdua,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan polis memburu suspek selepas menerima laporan berhubung dakwaan penyamaran. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

The post Mohon maaf Sultan Selangor, RMS – Mangsa ‘scam’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved