Mohon Ruang, Kaka Azraff Tampil Bersuara Selepas Didakwa Sudah Bercerai - “Maaf Sekiranya Saya & Adam Tak Dapat…”

1 Nov 2024 • 1:57 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Setelah empat hari mendiamkan diri, penyanyi Kaka Azraff akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan dia dan suaminya, Adam Azriff sudah bercerai pada Isnin lalu.

Ucap terima kasih

Menerusi perkongsian di Instagram, Kaka bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas keperihatinan orang ramai terhadap dia sekeluarga.

 

Kaka memohon agar semua pihak memberi ruang kepada dia dan Adam untuk bersama tiga orang anak mereka yang lebih memerlukan perhatian.

 

“Terima kasih atas keperihatinan semua atas keadaan Kaka, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui.

 

“Kami mohon ruang untuk bersama tiga cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian,” kongsinya.

Mohon maaf

Pada perkongsian yang sama, Kaka turut memohon maaf jika dia dan Adam tidak dapat dihubungi buat masa sekarang.

 

“Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respon atas banyak pertanyaan anda. Salam sayang,” katanya.

 

Terdahulu, perkahwinan Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff dikatakan telah menemui titik noktah apabila mereka didakwa telah bercerai talak satu baru-baru ini. 

 

Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.