Mohon Tak Kaitkan Nabila Huda, Shila Amzah Dedah Ada Orang Lain ‘Di Belakang’ Amy Search – “17 Tahun Dalam Industri, Dia Langsung Tak Begini”

EntertainmentMusic
14 Jul 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Shila Amzah memohon orang ramai untuk tidak mengaitkan pelakon terkenal, Nabila Huda di dalam konflik yang berlaku di antaranya dan Amy Search.

Menerusi Instagram story, ibu kepada dua anak itu menegaskan dia sudah memberikan kenyataannya dan meminta agar anak kepada Amy Search tersebut tidak diheretkan ke dalam konflik ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 35 tahun tersebut juga seolah-olah meminta agar orang ramai untuk selidik tentang seseorang yang didakwa berada di belakang Amy Search.

Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. Dia tidak berseorangan. Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini.

Anak kepada ND Lala tersebut turut memohon maaf kepada media dan orang ramai kerana tidak dapat menyebut nama lelaki itu secara terang-terangan ketika ditemu bual semalam.

Dalam keadaan penuh kamera di hadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk.

image is not available

image is not available 2025-07-14 10:48:17

"Boleh Berdamai Tapi Dia Kena Ubah Sikap" - Shila Amzah Akan 'Pasang' Bodyguard Jika Sepentas Dengan Amy Search