“Ramai Rakan Industri Mesej Akui Lalui Situasi Sama..” – Shila Amzah Tak Berniat Tarik Laporan Polis Terhadap Amy Search

EntertainmentPolitics
14 Jul 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan mStar, penyanyi, Shila Amzah mendedahkan rakan-rakan industri dan individu belakang tabir juga turut mengalami situasi yang sama selepas dia berkongsi diserang oleh penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search.

Rakan industri lain turut ‘diserang’ Amy Search?

Menurut Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, ramai yang telah menghantar mesej kepadanya dengan mengatakan mereka mempunyai pengalaman sama seperti yang berlaku terhadap dirinya.

Saya sangat kecewa. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan sesiapa sebelum ini. Sebagai anak seni, saya rasa perkara ini langsung tidak wajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah 茜拉 (@shahilaamzah)

Tak berniat tarik laporan polis

Dalam pada masa yang sama, penyanyi terbabit turut tidak menyimpan niat untuk menarik laporan polis yang telah dibuat terhadap Amy Search kerana bimbang akan keselamatan diri serta mentalnya.

Macam mana saya nak keluar rumah kalau rasa tak selamat? Saya juga buat untuk jaga dia supaya tak berkelakuan luar batas lagi.

Sekadar info, Shila Amzah telah membuat laporan polis dek diherdik oleh Amy sewaktu sedang melakukan latihan untuk sebuah konsert, minggu lalu.

image is not available 2025-07-14 11:18:10

Mohon Tak Kaitkan Nabila Huda, Shila Amzah Dedah Ada Orang Lain 'Di Belakang' Amy Search - "17 Tahun Dalam Industri, Dia Langsung Tak Begini"