MOM Sahkan Norza Zakaria Bawa Keluarga Ke Olimpik Paris Dengan Dana Sendiri

Entertainment
7 Aug 2024 • 10:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika perlawanan badminton separuh akhir Olimpik Paris lalu, beberapa gambar tular memaparkan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria hadir ke perlawanan itu dengan keluarganya.

Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen kerana terdapat atlet yang tidak dapat membawa jurulatihnya kerana ketiadaan kuota.

Pun begitu, MOM memaklumkan presidennya itu tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Dalam kenyataan itu, difahamkan semua perbelanjaan untuk keluarganya dibiayai secara peribadi oleh Norza.

image is not available

Malah, MOM juga berkata kehadiran Norza di Sukan Olimpik, termasuk keluarganya, mematuhi sepenuhnya peraturan International Olympic Committee (IOC) dan MOM.

Dalam pada itu, mengulas kuota khas yang menjadi kritikan ramai pihak, MOM memberitahu kuota itu diperuntukkan khas untuk pucuk pimpinan mana-mana badan, majlis atau jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.

Ia meliputi mereka yang memegang jawatan seperti Presiden dan Setiausaha Agung, selain Ketua Negara, dan Menteri Sukan.

“Kuota ini hanya menyediakan akses ke kawasan VIP dan tidak meliputi akses ke padang permainan (FOP), bilik persalinan, atau tempat penginapan atlet di Perkampungan Sukan.

Ia menjadikannya tidak praktikal untuk jurulatih atau kakitangan sokongan menggunakan kuota ini kerana ia tidak memberi akses yang diperlukan untuk menyokong atlet secara efektif,” tulis kenyataan itu.

MOM juga berkata perkata itu membuatkan penyokong mana-mana atlet mempunyai akses yang terhad dan perlu diatur di luar akses IOC.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.