"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

9 Nov 2024 • 7:46 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.

Kongsi Najdi, momen yang hanya sempat diluangkan selama hampir 10 saat di pentas ketika menerima scroll diplomanya itu antara perkara yang tidak dapat dilupakan.

"Alhamdulillah saya telah selamat bergraduasi dan menerima sijil diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) menerusi istiadat konvokesyen yang telah berlangsung baru-baru ini.

"Namun, momen yang paling mengujakan apabila YB Menteri menegur saya ketika saya menerima scroll daripadanya. Terkejut saya ketika itu. Katanya dia macam kenal saya, kemudian saya jawab saya bekas UNIC.

"Dan nak dijadikan cerita, YB juga seorang peminat lagu-lagu nasyid jadi tak peliklah kalau dia kenal penyanyi-penyanyi nasyid di Malaysia ini," katanya kepada Gempak.




        View this post on Instagram                      

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi)