Momen Lamaran Di Ferris Wheel Curi Tumpuan, Ramai Tertanya Siapa Wanita Bertuah 

13 Sep 2025 • 3:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Momen Lamaran Di Ferris Wheel Curi Tumpuan, Ramai Tertanya Siapa Wanita Bertuah

Tiada apa yang lebih bermakna bagi seorang wanita selain dihargai oleh pasangannya, selari dengan kata-kata manis yang diungkapkan.

Apatah lagi apabila dilamar oleh lelaki yang dicintai. Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menunjukkan rasa cinta, namun kesungguhan seseorang lelaki untuk menuju ke gerbang perkahwinan sangat bermakna bagi para wanita.

Momen-momen lamaran itu pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap wanita.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu perkongsian video yang memaparkan detik-detik lamaran.

Video yang dikongsikan oleh @balq1ess itu memperlihatkan nama seorang perempuan tertera di Ferris Wheel.

“Nur Anis Natasya, sudikah awak berkahwin dengan saya,”

Menurut pengguna TikTok itu, video tersebut dirakam di Skyline Luge, Rawang.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan ada yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita yang bertuah tersebut. Setakat ini, masih tiada maklumat mengenai Nur Anis Natasya.

“Real weh, kitorang lalu malam tadi, member dalam kereta semua jerit, hahaha, sorang perempuan bahagia semua perempuan bahagia.”

“Owner dia mana? Tolong munculkan diri sat, comel sangat.”

“I pun nampak tadiii pastu I pulak yang excited dalam kereta macam I yang kena propose”

“Satu perempuan bahagia semua perempuan bahagia”

“Nama saya anis jugak. May this love attack me”

“Eh ingatkan dekat luar negara sekali tengok nama orang Malaysia rupanya”

“Tadi time nampak aku cakap “you better say Yes anis”. Happy tengok dalam kereta hahaha.”

Sumber: balq1ess