“Mommy Cakap Saya Bertuah Ada Baba”- Ucapan Hari Jadi Jebat Jayden Untuk Sharnaaz Ahmad

EntertainmentFamily & Parenting
30 Aug 2025 • 12:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia Megat

Anak kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden, mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan penuh emosi sempena hari lahir bapanya.

Dalam hantaran di Instagram, Jebat meluahkan rasa sayang dan syukur kerana memiliki Sharnaaz sebagai seorang ayah yang penyayang dan sentiasa ada untuknya.

“Happy birthday Baba”

Ucapan itu berbunyi seolah-olah ditulis dari hati kecil seorang anak yang menghargai setiap pelukan, senyuman dan kasih sayang seorang bapa.

image is not available

Jebat turut mendoakan agar Allah sentiasa melindungi dan mempermudah perjalanan hidup Sharnaaz serta memberinya hati yang tenang dan penuh kasih sayang.

Perkongsian itu ternyata menyentuh ramai, malah Sharnaaz sendiri membalas di ruangan komen dengan penuh kasih, berjanji akan sentiasa ada buat anaknya tidak kira apa keadaan sekali pun.

image is not available

Lebih menarik lagi, Sharnaaz dan Jebat Jayden berkongsi tarikh lahir yang sama! Happy birthday Baba dan Jebat Jayden!

Pssttt! Sharnaaz dan Noor Nabila sememangnya contoh ibu bapa yang terbaik. Walaupun berpisah, tanggungjawab terhadap anak tetap tip top!

Kredit: Instagram Jebat Jayden
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.