“Mommy Dapat Edit Macam Ni Je” – Sebak! Keluarga Zayn Rayyan Hadir Majlis Graduasi Di Sekolah

Family & Parenting
2 Feb 2024 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan memuat naik momen sedih apabila keluarganya dijemput untuk menghadiri majlis graduasi di sekolah anak.

Menerusi hantaran di Facebook, Izz Manaf mengucapkan selamat bergraduasi buat arwah Zayn Rayyan dan meluahkan rasa bangga dengan pencapaian anaknya itu.

Mommy bangga dengan abang

image is not available

image is not available

Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian Abang. Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian Abang, mommy tetap bangga.

Dia dan keluarga sangat berterima kasih kepada pihak sekolah SK Damansara Damai (2) yang sudi menjemput kerana ianya merupakan kenangan terindah mereka.

Kenangan terindah keluarga Zayn Rayyan

image is not available

image is not available

Rasa macam arwah masih ada kerana keluarga turut membawa jambangan coklat. Siap dapat hamper dan hadiah lagi.

Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibubapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je.

Kata ibu lagi, dia hanya mampu ‘edit’ gambar bersama anak tak seperti ibu bapa yang lain. Tapi, itu adalah momen yang paling berharga buat dirinya.

image is not available

Sebaknya baca. Semoga ibu bapa dan keluarga arwah diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian berat ini.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Izz Manaf

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.