Momoyo sasar 600 cawangan di Malaysia, tawar peluang francais

LocalBusiness & Finance
26 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Momoyo sasar 600 cawangan di Malaysia, tawar peluang francais

KUALA LUMPUR: Momoyo mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran makanan dan minuman (F&B) tempatan melalui pembukaan sulung kedai utama (flagship) berkonsepkan bakeri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Dengan pembukaan kedai tersebut Syarikat turut menyasarkan pengembangan agresif 600 cawangan di seluruh negara pada masa akan datang.

Syarikat turut menawarkan peluang francais kepada rakyat Malaysia yang ingin menceburi industri F&B yang semakin berkembang pesat.

Pengurus Produk dan Latihan Momoyo Malaysia, Sheikh Nik Azim Sheikh Amizal berkata, pembukaan cawangan itu merupakan langkah penting dalam usaha Syarikat memperkenalkan bakeri sebagai sebahagian daripada pilihan produk terbaru kepada pelanggan.

Beliau berkata, ia juga memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan menyediakan tempat untuk mereka menikmati minuman dan produk bakeri dalam suasana lebih selesa.

“Dengan ruang lebih besar dan pilihan produk yang lebih pelbagai, cawangan Rawang bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan malah, diharap dapat menjadi tempat pertemuan baharu bagi komuniti setempat,” katanya pada majlis pembukaan cawangan itu.

Mengulas lanjut, Sheikh Nik Azim berkata, Momoyo telah memperoleh pensijilan halal dan sedang dalam proses memohon pensijilan halal bagi Momoyo Bakehouse.

Kata beliau, Syarikat komited untuk memenuhi semua piawaian halal yang ditetapkan.

Beliau turut memberitahu, Momoyo kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar jenama dari Indonesia itu dengan menawarkan peluang francais di seluruh negara.

Katanya, Syarikat menyediakan sokongan dan latihan menyeluruh untuk memastikan kejayaan selain latihan profesional operasi yang memenuhi standard.

“Konsep perniagaan Momoyo mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kami berusaha keras untuk mencipta teh buah segar, sambil memastikan kepelbagaian dan standard tinggi melalui penyelidikan dan inovasi berterusan, serta menjamin kualiti yang unggul dan nilai tinggi.

“Justeru, latihan profesional yang diberikan adalah mengenai produk, penyediaan produk, meningkatkan operasi kedai, selain membantu pemasaran.

“Dengan kos permulaan mampu milik dan sokongan menyeluruh daripada Momoyo, peluang ini membolehkan anda menikmati pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang berkembang pesat,” katanya. – UTUSAN

The post Momoyo sasar 600 cawangan di Malaysia, tawar peluang francais appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved