Monitor Gaming ASUS ROG Swift Dan Strix OLED Baharu Dilengkapi Teknologi Tandem OLED

TechnologyDigital
21 Aug 2025 • 7:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS memperkenalkan dua monitor gaming terbaru menerusi ROG Swift OLED PG27AQWP-W dan ROG Strix OLED XG27AQWMG. Kedua-dua monitor ini menggunakan teknologi Tandem OLED iaitu gabungan dua lapisan cahaya yang membuatkan skrin menjadi lebih terang, warna lebih jitu dan tahan lebih lama.

image is not available

ROG Swift OLED PG27AQWP-W merupakan monitor gaming berprestasi tinggi yang menawarkan kadar segar semula sehingga 540Hz pada resolusi QHD. Berukuran 26.5 inci, monitor ini menyokong mod dwi-paparan yang membolehkan pengguna bertukar antara resolusi QHD pada 540Hz atau HD pada 720Hz mengikut keperluan masing-masing.

image is not available

Teknologi Tandem WOLED yang digunakan memberi kelebihan dari segi kecerahan dan ketepuan warna, manakala lapisan True Black Glossy Coating memastikan imej sentiasa jelas dalam pelbagai pencahayaan. Dari segi sambungan, monitor ini menyokong pelbagai peranti melalui port DisplayPort 2.1 dan HDMI 2.1.

image is not available

Sementara itu, ROG Strix OLED XG27AQWMG turut hadir dengan paparan 26.5-inci dan resolusi QHD. Namun begitu, ia menawarkan kadar segar semula sehingga 280Hz. Ia juga menampilkan rekaan tapak baharu yang 30% lebih kecil berbanding model terdahulu lalu menjadikannya lebih sesuai untuk ruang kerja yang terhad. Ia menggunakan teknologi Tandem OLED yang membawa peningkatan ketara termasuk 15% dalam kecerahan puncak, 25% dalam julat warna, dan 60% dalam jangka hayat panel.

image is not available

ROG Strix OLED XG27AQWMG turut menyokong VESA DisplayHDR 500 True Black, gamut warna DCI-P3 99.5% dan Delta E<2 untuk ketepatan warna. Ia dilengkapi Neo Proximity Sensor yang boleh mengesan kehadiran pengguna dan mematikan skrin secara automatik. Pilihan sambungan I/O termasuk DisplayPort 1.4 (DSC), HDMI 2.1 dan hab USB.