Monitor gaming melengkung ASUS Rog Swift OLED PG34WCDM telah diumumkan secara rasmi di acara Gamescom 2023. Melihat pada namanya, monitor ini sudah semestinya menggunakan panel OLED yang didatangkan dalam saiz 34-inci. Ia juga menyokong resolusi maksimum FHD+, kadar segar semula 240Hz, masa tindak balas 3ms dan Nvidia G-Sync.

Selain itu, monitor ini juga mempunyai suis KVM khusus yang membolehkan kawalan dua peranti seperti tetikus dan papan kekunci disambungkan dengan lancar, sekaligus turut menjimatkan ruang kerja. Turut melengkapinya pilihan I/O terbina yang merangkumi DisplayPort 1.4, HDMI 2.1, USB 3.2 Type-A dan USB Type-C (90 W USB PD).

Asus memaklumkan bahawa monitor gaming ini bakal dipasarkan bermula suku pertama tahun 2024, tanpa berkongsi lanjut mengenai harga jualan rasmi buat masa ini.
- Info
- Sumber – ASUS GLOBAL

