Monitor OLED MSI Diberikan Jaminan 3 Tahun Daripada Isu “Burn In”

TechnologyDigital
7 Feb 2024 • 8:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI hari ini mengumumkan jaminan selama tiga tahun untuk monitor OLED keluaran mereka daripada isu “burn in”. Burn ini menyebabkan imej “terbakar” terus pada panel OLED sehingga meninggalkan imej yang kekal selama-lamanya. Ini akan mengakibatkan kualiti visual yang ingin ditonton terjejas teruk.

image is not available

MSI OLED CARE 2.0 ialah teknologi yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada monitor OLED MSI. Dengan jaminan selama tiga tahun ini, MSI berharap akan memberikan ketenangan kepada pemilik kerana tidak perlu risau dengan isu yang menghantui pemilik panel OLED.

Senarai monitor yang menerima jaminan selama tiga tahun daripada isu burn in ialah.

  1. MAG 271QPX QD-OLED
  2. MAG 321UPX QD-OLED
  3. MAG 341CQP QD-OLED
  4. MPG 271QRX QD-OLED
  5. MPG 321URX QD-OLED
  6. MPG 491CQP QD-OLED
  7. MEG 342C QD-OLED

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved