Mortarboard Graduan Terjatuh, Naib Cancelor Minta Rakam Semula Momen Terima Skrol

4 Dec 2023 • 11:04 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman sosial Naib Canselor dari Universiti Kebangsaan Malaysia meminta graduan untuk merakam semula detik mengambil skrol selepas mortarboardnya terjatuh di atas pentas telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pihak universiti tersebut di laman TikToknya, nama graduan Sivakami A/P Veerappan dari jurusan Sarjana Muda Undang-Undang telah dipanggil untuk terima skrol namun, secara tiba-tiba mortarboardnya terjatuh dari kepala.

Mortarboard graduan terjatuh

@ukmtiktok

Naib Canselor prihatin betulkan mortarboard graduan dan minta rakam semula moment ambil skrol atas pentas. Bertuah awak Sivakami. Moga gambar awak ambil skrol cantik bila dapat nanti. #KonvoUKM51 #UniversitiKebangsaanMalaysia #mortarboard #graduation2023 #fypシ

♬ original sound – Universiti Kebangsaan Malaysia – Universiti Kebangsaan Malaysia

Naib Canselor bertindak membetulkan semula Mortarboard graduan tersebut malah, meminta untuk melakukan sekali lagi moment tersebut dengan diiringi tepukan gemurah daripada para graduan yang lain.

“Naib Canselor prihatin betulkan mortarboard graduan dan minta rakam semula moment ambil skrol atas pentas. Bertuah awak Sivakami. Moga gambar awak ambil skrol cantik bila dapat nanti,” ujar UKM di ruangan kapsyen.

Netizen terharu!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dengan tindakan Naib Canselor UKM yang prihatin serta memahami perasaan graduan di hari yang penuh bersejarah tersebut.

image is not available image is not available

Terima kasih Naib Canselor!

Dalam pada itu, ramai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Naib Cancelor tersebut bahkan alumni UKM mendedahkan beliau memang dikenali sebagai seorang yang sangat mesra dengan para pelajar.

image is not available image is not available