‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne

11 Apr 2023 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Biar betul Kuching macam Melbourne?

‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne. Bandaraya Kuching, Sarawak semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menarik minat pelancong dari seluruh dunia. Baru-baru ini, seorang pelancong dari Eropah berkongsi sebuah video dimana beliau mengakui Kuching sebagai bandar paling cantik di Borneo.

Video itu dikongsi oleh Danonthetok menerusi akaun Tiktoknya. Menurutnya, Kuching mempunyai senibina yang indah. Ditambah pula dengan bangunan bersejarah dan bangunan lama di sepanjang laluan Waterfront, Kuching.

image is not available
‘Most Beautiful City In Borneo’, Mat Saleh Teruja Bandar Kuching Persis Di Melbourne. Kredit: Danonthetok

Tambahnya, semasa berjalan di sepanjang jalan Waterfront, beliau kagum dengan senibina Dewan Undangan Negeri yang tersergam indah di seberang.

‘A very stunning city’

Bukan itu sahaja, beliau sempat memuji bandar Kuching mesra pejalan kaki terutamanya di sepanjang Waterfront. Beliau juga teruja melihat tumbuh-tumbuhan hijau subur ditepi-tepi jalan yang dijaga baik oleh pihak DBKU.

image is not available

Beliau juga berulang kali memuji Kuching sebagai bandar yang paling menarik dan menakjubkan yang pernah dilawati olehnya. Hal ini kerana, bandar ini telah mengalami pembangunan yang baik selama bertahun-tahun, menjadikannya tempat yang selesa dan menyenangkan untuk dikunjungi.

Mungkin lepas ni lebih ramai pelancong luar datang ke Kuching?

Namun, beliau sedikit kesal kerana rakan-rakan di Eropah tidak pernah mencadangkan Kuching sebagai salah satu lokasi untuk dilawati.

Beliau menganggap tripnya kali ini antara trip yang paling bermakna kerana beliau dapat meneroka sendiri Kuching sebagai ‘hidden gem’ yang kurang dipopularkan oleh pelancong luar.

image is not available

Pada akhir video, beliau memberitahu beliau terasa seperti berada di Melbourne, Australia kerana suasana dan keindahan bangunan di bandar raya Kuching persis di Melbourne.

Baca lagi artikel menarik: