Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini

7 Apr 2023 • 10:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bulan puasa je boleh jumpa kuih ni tau!

Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini. Kuih bongkol sangat sinonim dengan bulan puasa di Sarawak. Kuih bongkol ini tidak asing lagi bagi warga Sarawak lebih-lebih bagi pencinta kuih-muih tradisional.

Teksturnya yang lembut dengan rasanya yang lemak manis menjadikan kuih bongkol ini digemari sesiapa sahaja yang menikmati sajian pemanis mulut ini. Baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok mengenai lelaki ‘Mat Saleh’ mencuba kuih bongkol yang dibelinya di bazar ramadan.

image is not available
Review Makan Kuih Bongkol, Netizen Sarawak Teruja Lihat Perkongsian ‘Mat Saleh’ Ini. Kredit: VeggiesOnTour

“Wow, that is incredible!”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih hampir 60 ribu tontonan di Tiktok.

Difahamkan kuih tersebut dibelinya di sebuah bazar ramadan di Sibu.

image is not available

Berdasarkan perkongsian itu, beliau berulang kali menyebut ‘wow that is incredible’ setelah mencuba beberapa suap kuih bongkol itu. Tambahnya, beliau menyukai tekstur kuih tersebut yang lembut seakan-akan sama dengan taufu fah.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian ‘review’ beliau itu.

Menurut netizen, kuih bongkol sebenarnya lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu dan dinikmati ketika buka puasa!

Ditambah pula dengan rasa lemak manis daripada gula apong memang ngam.

image is not available

image is not available

Menariknya, seorang ‘perantau’ di bumi semenanjung berkongsi setiap kali balik ke bumi kenyalang, beliau akan mencari hidangan kuih bongkol terlebih dahulu.

image is not available

Baca lagi artikel menarik: