
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan telah menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan ruang udara Malaysia pada malam Rabu.
Menurut MOSTI, penampakan cahaya terang itu turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Penampakan cahaya terang
Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek yang disyaki berasal dari angkasa, seperti roket, di daratan atau perairan Malaysia.
"Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek disyaki objek angkasa seperti roket di darat atau perairan di Wilayah Malaysia.
"Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Baca juga:
Cahaya Berapi Di Langit Malaysia Mungkin Serpihan Teleskop NASA
Orang Ramai Kongsi 'Penampakan' Pada Langit Malam, NASA Kongsi Sebabnya
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan sekiranya menemukannya.
Sebaliknya, mereka diminta segera melaporkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) di talian 03-88858685.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel kepada bpadg@mosti.gov.my.
"MOSTI juga menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan mendapatkan maklumat yang sahih daripada saluran rasmi," menurut kenyataan itu.


![[VIDEO] Tiada serpihan objek angkasa, roket ditemui di Malaysia](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/RUANG-UDARA-OBJEK-TULAR-VIRAL-1024x608.jpeg)
![[VIDEO] Langit Klang bertukar gelap](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/mendung-LK-1024x670.jpeg)