MOSTI terima aduan salah guna identiti pegawai

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 2:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MOSTI terima aduan salah guna identiti pegawai

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerima beberapa aduan mengenai penyalahgunaan nama serta identiti kementerian dan pegawainya oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meminta bayaran serta menjalankan urusan tanpa kebenaran.

MOSTI memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perkara itu dan menegaskan penggunaan nama, logo atau identiti rasmi kementerian tanpa kebenaran tidak bermakna sesuatu urusan mendapat kelulusan atau melibatkan MOSTI.

“Semua urusan rasmi hendaklah melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian,” menurut kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, MOSTI menasihati orang ramai dan pihak industri supaya membuat pengesahan melalui saluran rasmi kementerian sebelum melakukan sebarang pembayaran atau mengambil tindakan berdasarkan komunikasi yang mencurigakan.

Kementerian itu turut menegaskan komitmennya untuk memelihara integriti perkhidmatan awam serta melindungi kepentingan orang ramai dan pihak industri daripada sebarang bentuk penipuan dan penyalahgunaan identiti.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau ingin membuat pengesahan boleh menghubungi Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan, MOSTI melalui talian 03 – 8885 8164/8072/8373/8506/8208. – Bernama

The post MOSTI terima aduan salah guna identiti pegawai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved