

Kementerian Pengangkutan mengesahkan dua set tren ETS3 untuk laluan ke arah selatan sehingga JB Sentral telah selamat di Malaysia, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Menurutnya, kedua-dua set tren jenis EMU (ElectricMultiple Unit) telah siap sepenuhnya dan kini sedang menjalani ujian teknikal,termasuk ujian dinamik (dynamic testing) dan fault-free testing.

"Sekiranya semua ujian ini berjalan lancar, trentren tersebut dijangka mula beroperasi menjelang Ogos 2025. Selain dua set awal ini, baki lapan (8) set tren sedang dipasang secara berperingkat di kilang pemasangan CRRC di Batu Gajah.
"Kesemua 10 set dijadualkan siapdan beroperasi sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan,seterusnya memperkukuh kapasiti perkhidmatan rel negara.

Kilang pemasangan CRRC di Batu Gajah kini mempunyai lebih 85% tenaga kerja tempatan, sekali gus mencerminkan potensi besar dalam pemindahan pengetahuan dan kepakaran kepada bakat tempatan.


![Kecoh Dakwaan Adik Ipar ‘Overshadow’ Ketika Majlis Akad Nikah, Ini Respon Erissa Puteri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
