MOT Perlu Pastikan Kontena Israel Tidak Berlabuh Dalam Negara – TPM Ahmad Zahid 

LocalPolitics
4 Jun 2024 • 5:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MOT Perlu Pastikan Kontena Israel Tidak Berlabuh Dalam Negara – TPM Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 4 Jun (Bernama) — Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.

“Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perniagaan langsung dengan Israel. Isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia keseluruhannya dan saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Halal on Track @ Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Ahad lepas Ahmad Zahid dilapor berkata siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri perlu disegerakan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved