MOT tubuh pasukan petugas khas siasat nahas FRU

LocalPolitics
13 May 2025 • 11:15 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat nahas maut melibatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Menterinya Anthony Loke berkata pasukan terdiri daripada pakar dan ahli bebas itu akan meneliti kemalangan tersebut dan merumuskan langkah penambahbaikan dari aspek keselamatan.

“Pasukan pertugas ini akan ditubuhkan segera dalam masa terdekat,“ katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) di sini hari ini.

Sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

Lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved