Nahas FRU: Pemandu Lori Ada 6 Rekod Jenayah Lampau, Pernah Terlibat Jenayah R*gol

LocalPolitics
14 May 2025 • 10:19 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemandu lori yang didakwa merempuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga menyebabkan sembilan anggota terkorban mempunyai enam rekod jenayah termasuk satu kes rogol.

Perkara ini didedahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang berkata, suspek lelaki berusia 45 tahun itu telah dikenakan hukuman penjara bagi semua kesalahan tersebut.

Daripada semakan, dia ada satu kes jenayah rogol, satu kes dadah dan empat kes jenayah curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Semua kes ini telah jatuh hukum,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, semalam.

Menurutnya lagi, ujian air kencing juga telah dibuat terhadap suspek dan didapati negatif serta tiada sebarang unsur penggunaan bahan terlarang termasuk ketum seperti yang diperkatakan di media sosial.

Ujian air kencing sudah dibuat dan hasilnya negatif. Kita juga sahkan dakwaan kononnya suspek membawa ketum adalah tidak benar,” katanya.

Tambah Ayob Khan lagi, beliau juga memaklumkan pihak polis akan melengkapkan siasatan dengan mengambil keterangan lanjut daripada suspek. Ia juga termasuk menyemak semula aspek teknikal perlanggaran yang membabitkan lori muatan batu itu.

image is not available

Terdahulu, kejadian tragis yang berlaku pada jam 8.50 pagi, Selasa telah mengorbankan sembilan anggota unit FRU dari Unit 5 Sungai Senam yang sedang dalam perjalanan pulang dari penugasan di Teluk Intan ke Ipoh.

Lapan orang mangsa difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal ketika menerima rawatan di hospital.

Al fatihah buat wira-wira ini. Semoga keadilan yang sewajarnya dapat diberikan buat mangsa terlibat.

Sumber: Astro AWANI

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article