Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam di Guar Chempedak

14 Sep 2025 • 9:26 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

YAN – Perasaan cemburu kerana mempercayai isteri mempunyai hubungan sulit dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam melibatkan seorang wanita dan peniaga telefon bimbit di Taman Nona, Guar Chempedak, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, suspek dan mangsa wanita dipercayai pasangan suami isteri yang berkahwin di negara jiran pada 2019 serta dikurniakan dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun.

“Perkahwinan mereka berlangsung di negara seberang, jadi kita perlu jalankan siasatan bersama pihak berkuasa di sana berhubung status perkahwinan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini.

Anak Dalam Jagaan Nenek

Kedua-dua anak pasangan terbabit kini berada dalam jagaan ibu suspek di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ditikam dan Dikelar Berkali-kali

Menurut laporan Kosmo!, siasatan polis mendedahkan kedua-dua mangsa dibunuh secara kejam apabila wanita berkenaan ditikam dan dikelar sebanyak 20 kali, manakala peniaga telefon bimbit terbabit mengalami lapan tikaman serta kelaran.

Mangsa wanita cedera di bahagian dada, leher, tangan dan kaki, sementara mangsa lelaki mengalami tikaman di dada, leher dan belakang badan.

“Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa wanita adalah tikaman pada bahagian dada, manakala mangsa lelaki akibat tikaman di leher,” jelas Baderulhisham. – The Malaysian Update

The post Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam di Guar Chempedak appeared first on The Malaysian Update.