”Moto tu nk pegi mana?” – Netizen Terhibur Tengok Moto Lari Ikut Tuan Lepas Kena Tahan JPJ

Entertainment
14 Jan 2024 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekatan jalanraya atau roadblock memang kadang-kadang tu agak menyeramkan. Walaupun kita tak ada buat salah, tapi perasaan berdebar tu tetap ada. Korang kalau nampak roadblock, korang pernah lari tak?

Haa… ni min nak share satu video dimana seorang pesalah trafik lari meninggalkan motosikal selepas ditahan seorang pegawai JPJ.

Apa yang menariknya, moto yang ditinggalkan tu pun lari ikut tuan selepas ditinggalkan. Mungkin korang tak percaya, tapi korang tengok lah video @ajuahmad_ di bawah ni.

Moto tu nak pegi mana?

Rata-rata netizen terhibur dengan apa yang berlaku dalam video di atas. Tapi sebenarnya, video ini adalah bloopers dari salah satu drama yang bakal ditayangkan kelak.

image is not availableMungkin ini yang moto tu cakap dalam hati kan. Itu yang sampai kejar tuan dia sebab takut kena tinggal dan kena sita.

image is not availableMoto tu tak salah, dia ditugaskan untuk buat macam tu. Itu pasal dia sabotaj sampai lari ikut tuan. Biar tuan dia yang kena saman.

image is not availableYe betul. Ini adalah babak drama. Kalau jadi betul-betul macam ni mungkin mustahil. Tapi bloopers ni memang buat ramai terhibur lah.

image is not availableDekat komen pun ramai yang kata Amyza Aznan yang berlakon jadi JPJ tu. Hebat juga ye boleh bawa moto besar macam tu sendiri.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.